Selamat datang ke blog Tadika Islam Taman Tun Dr. Ismail, Thank 4 Visit
RSS

Tuesday 19 November 2013

Anugerah cemerlang tadika Islam taman Tun dr ismail 2013

Pada hari Sabtu 16 Nov 2013 tadika Islam ttdi telah mengadakan anugerah cemerlang bagi meraikan kejayaan murid- murid dari segi akademik dan kokurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh puan Noraza bt Aziz ketua unit cawangan tadika Islam Maiwp.Persembahan murid-murid seperti tarian lagu kanak-kanak nasyid turut diadakan, serta mc cilik dan ustaz cilik juga telah memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran ibubapa dan guru2 zon bangsar ke majlis ini amatlah dihargai. Setinggi penghargaan terima kasih pada semua yang menyokong program ini. Penampilan istimewa badut dan ahli silap mata turut memeriahkan majlis ini.












Saturday 5 October 2013

Gotong royong tadika Islam maiwp ttdi 2013

 Sempena ganti sekolah pada hari sabtu 28/9/2013 tadika Islam maiwp Ttdi mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan tadika.Dengan kerjasama dari pelbagai pihak iaitu ibubapa,guru2,Bomba,Dbkl program ini telah berjalan dgn lancar dan berjaya.Terima kasih pada sume pihak yang terlibat khususnya ibubapa yang members sumbangan tenaga dan kewangan.Dengan adanya program sebegini hubungan antara ibubapa dan guru serta komuniti telah terjalin mesra.kami berharap agar program ini akan menjadi acara tahunan.SYABAS TTDI 











Sunday 8 September 2013

Mesyuarat agung lpsa tadika Islam ttdi /2013

 Hari ini diadakan mesyuarat agung tahunan lembaga pengurus sekolah agama dan tadika Islam taman Tun dr ismail bertempat di sra ttdi. Terima kasih pada semua ibu bapa yang sudi hadir pada hari ini serta warga tadika/sekolah yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam  menjayakan program ini.Pandangan serta komen yang membina amat kami hargai bagi menambah p/p.syabas 










Friday 19 July 2013

Lawatan CEO maiwp ke tadika Islam TTDI

Pada hari selasa 16/7/2013 CEO maiwp dan pegawai dari bahagian pembangunan insan telah melawat tadika Islam ttdi.kunjungan ini amat bermakna bagi kami serta komitmen dan keprihatinan beliau untuk menambah baik prasarana dan kurikulum di tadika MAIWP khususnya amat kami hargai.Sekalung penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.





Thursday 25 April 2013

Lawatan JPN TERENGGANU ke Tadika Islam MAIWP TTDI

Tadika Islam MAIWP TTDI menerima kunjungan seramai 32 orang terdaripada pegawai JPN, Pengusaha-pengusaha tadika swasta dan guru SMK. Kunjungan ini atas lawatan kerja serta berkongsi idea.
Puan Noraza bt aziz dari unit Tadika Islam Maiwp turut serta dalam program ini.
Sekalung penghargaan kepada semua pelawat yang sudi berkunjung ke Tadika Islam Maiwp TTDI. Terima kasih kepada semua guru Zon Bangsar yang memberi sokongan dan kerjasama untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Semoga Tadika Islam Maiwp akan lebih berjaya dari semasa ke semasa