Selamat datang ke blog Tadika Islam Taman Tun Dr. Ismail, Thank 4 Visit
RSS

Monday 28 November 2016

Selamat bercuti & bertugas

Tuesday 5 January 2016

Tadika Islam MAIWP Taman Tun Dr Ismail 2016

Selamat Datang

Ke

Tadika Islam MAIWP

Taman Tun Dr Ismail

2016

Monday 20 October 2014

Kunjungan mesra jpn kedah ke tadika islam maiwp ttdi

10 okt 2014 tadika islam maiwp ttdi menerima kunjungan dari jpn kedah.Rombongan terdiri dari pegawai dan pengusaha tadika swasta yang berdaftar dgn jpn kedah.Us Mohd Najib wakil maiwp  besrta penyelia dan guru zon bangsar turut sama menyambut kehadiran mereka.Bacaan doa dari adik mohd hakem telah menyerikan lagi majlis ini.kerjasama dari semua guru,ajk ttdi beserta pihak maiwp untuk menjayakan majlis ini amat di hargai.Diharapkan guru2 sntiasa positif dan komited dlm melaksanakan tanggungjawab yg diberikan.syabas ttdi

Wednesday 21 May 2014

Sambutan hari guru dan hari lahir murid

19 Mei 2014 kamu tadika Islam Maiwp Ttdi telah mengadakan sambutan hari guru dan hari lahir murid dari bulan Januari-Jun.kami juga mengadakan sukaneka bagi memeriahkan lagi majlis ini.sumbangan berbentuk hamper dan makanan dari ibubapa amat kami hargai.kerjasama semua guru dalam menjayakan aktiviti ini diucapkan ribuan terima kasih.walaupun penat tapi program seperti ini amat meriah sekali.terima  kasih pada guru dan ibubapa yang memberi sokongan untuk program ini.





Monday 12 May 2014

Karnival Sukan Tadika Islam Maiwp Zon Bangsar 2014

Acara tahunan karnival sukan Zon Bangsar 2014 telah diadakan di INTAN Bukit Kiara pada 10 Mei 2014.Tadika Islam Maiwp TTDI mewakili rumah hijau telah berjaya memenangi Johan rumah sukan serta naib Johan kontigen terbaik.Tahniah pada semua guru-guru yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam melatih murid utk sukaneka ini.Walaupun persiapan sblm sukan hujan turun dgn lebatnya tapi kami tidak patah semangat.Jutaab terima kasih pada AJK tadika Islam ttdi yg sudi menjadi petugas pada hari tersebut serta melancarkan perjalanan sukan pd thn ini.Moga pada tahun akan dtg tadika Islam Ttdi akan lebih berjaya dan cemerlang.HUBBUN AKHDARUN.







Saturday 5 April 2014

Mesyuarat Ibubapa Tadika Islam MAIWP TTDI

Hari Sabtu 5 April 2014 telah diadakan Mesyuarat Ibubapa bertempat di Tadika Islam TTDI.Alhamdulillah program ini dapat diadakan setelah 2 kali ditangguhkan.Kehadiran ibubapa yang memberi sokongan dan pandangan dalam menambah baik pentadbiran dan prasarana di tadika amatlah dihargai.Perlantikan ajk baru bagi sesi 2014-2015 telah diadakan.Kami berharap setiap program yang diadakan akan mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak.Tera kasih pada semua yang telah hadir bagi memeriahkan progr am ini.







Thursday 6 February 2014

Sesi taklimat dan minggu orientasi tadika Islam maiwp ttdi 2014

Sesi taklimat tadika Islam maiwp ttdi 2014 telah diadakan pada 2 Januari 2014.Pada hari tersebut ibubapa telah diberikan taklimat mengenai peraturan dan visi dan misi tadika.Diharapkan pada tahun ini tadika Islam ttdi akan lebih cemerlang dari segi akademik dan ko kurikulum.Terima kasih pada ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke tadika ini.Semoga  dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa akan lebih cemerlang dan gemilang tadika Islam ttdi.